Friday, March 11, 2016

APA ITU PENGURUSAN ISLAM??

PENGENALAN

     Pengurusan telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan zaman-zaman yang lain. Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu:
  • Pengurusan Islam 
  • Pengurusan Barat
PENGURUSAN ISLAM

     Sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya yang jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci,dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

DEFINSI PENGURUSAN ISLAM


Di dalam pengurusan Islam, terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan, antaranya:

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.


MATLAMAT & OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.

b) Memakmurkan muka bumi ini dengan cara yang diredhai.

c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.

d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.

e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.


PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM:

  1. Konsep Ubudiyah (pengabdian diri)
  2. AL-Syura (perbincangan/mesyuarat)
  3. Al-Hurriyah (kebebasan)
  4. Al-Musawah (persamaan)

10 comments:

  1. Konteks yang mantap dan berguna kepada masyarakat kini..semoga diteruskan dan tidak terhenti disini

    ReplyDelete
  2. Konteks yang mantap dan berguna kepada masyarakat kini..semoga diteruskan dan tidak terhenti disini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah...terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  4. Thanks smua sbb visit and comment kat blog ni .Really appreciate 💓💋

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, banyak ilmu yg berguna.Sukran.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, banyak ilmu yg berguna.Sukran.

    ReplyDelete
  7. T-Bone's Triad T-Bone's - T-Bone's
    T-Bone's Triad T-Bone's - gold titanium alloy T-Bone's. 5" Vinyl - 4 ford fusion titanium 2019 Inches - 7 Ounces - $3.99 - citizen titanium dive watch $11.95. A rare T-Bone's T-Bone's, and a unique twist to titanium mig 170 it, T-Bone's titanium price per pound for the $3.99 · ‎In stock

    ReplyDelete