Saturday, February 27, 2016

MENJELASKAN KONSEP TAUHID



  • Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka , ianya tidak dapat dipisahkan dengan paksi Islam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui 'roh tauhid' inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada satu ketika dahulu.

KONSEP TAUHID

Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam semestinya berteraskan kepada konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya.

          Konsep tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia adalah  makhluk Allah SWT. Konsep ini meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta, sementara manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.



       


No comments:

Post a Comment