Saturday, February 27, 2016

MENJELASKAN KONSEP TAUHID



  • Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka , ianya tidak dapat dipisahkan dengan paksi Islam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui 'roh tauhid' inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada satu ketika dahulu.

KONSEP TAUHID

Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam semestinya berteraskan kepada konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya.

          Konsep tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia adalah  makhluk Allah SWT. Konsep ini meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta, sementara manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.



       


Wednesday, February 17, 2016

Apa Itu Tauhid Dalam Islam ?

Tauhid dari segi bahasa bermaksud menyatukan, menyendirikan, dan mengesakan.



Manakala dari segi istilah pula bermaksud ilmu yang membahas segala kepercayaan-kepercayaan 
Tauhid terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Tauhid Rububiyyah
  • Tauhid Uluhiyyah
  • Tauhid Asma' Wa As-sifat




TAUHID RUBUBIYYAH

     Rububiyyah berasal dari perkataan 'rabb'. Kalimah ini mempunyai beberapa pengertian seperti pemimpin, pemilik, penguasa dam pemelihara. Namun pengertian rububiyyah tidak mencukupi semua yang diatas dan sifat yang sempurna hanya milik Allah s.w.t.
    
     Rububiyyah ialah Tuhan yang mengatur segala sesuatu. Maka tauhid rububiyyah berkisah mengenai cara-cara seorang hamba mengesakan Allah sebagai tuhan yang satu dalam konteks tuhan yang menguruskan keperluan-keperluannya.

     Tauhid Rububiyyah bermaksud Allah ialah Tuhan pengatur segala sesuatu, Dia pemiliknya, Dia pencipta aturan dan pemberi rezeki.


TAUHID ULUHIYYAH

     Uluhiyyah berasal dari perkataan 'ilah' yang bermaksud Tuhan yang patut disembah. Maka dari itu terbitlah pengertian bahawa tauhid uluhiyyah ialah mengesakan Allah sebagai Tuhan yang satu dalam konteks ikhlas beribadah kepadaNya. Tauhid uluhiyyah adalah pengesaan Allah dalam ketuhanan. Tauhid ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata ,bersama rasa cinta , takut, mengharap , tawakal,gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah



TAUHID ASMA'WA AS-SIFAT

      Tauhid asma'wa as-sifat adalah pengakuan seorang hamba tentang nama dan sifat Allah, yang telah Dia tetapkan bagiNya dalam kitabNya ataupun dalam sunnah NabiNya , serta mengimani maknanya dan hukum-hukumnya tanpa Tahrif(menyimpangkan makna), Ta'thil (menolak), Takyif (membahas bagaimana bentuk dan hakikat nama Allah),dan Tamtsil/Tasybih (menyamakan Allah dengan makkhluknya )