Friday, March 11, 2016

Konsep Tauhid Dalam Pengurusan Islam

Pengurusan dan pentabiran menggunakan pendekatan tauhid merupakan satu kaedah yang berpaksikan tauhid kepada Allah SWT untuk membina peradaban yang direhdai Allah SWT. Ia bertanggjawab menghapuskan 'Al-Fasad' iaitu kerosakkan berupa rasuah, penyelewangan, kezaliman dan penindasan yag mampu melumpuhkan sistem pentadbiran dan pengurusan apa jua organisasi dimuka bumi ini. Bencana yang menimpa masyarakat Islam dewasa ini tidak lain berpunca darpada kurangnya pengukuhan ilmu tauhid dalam diri seorang pekerja muslim. Malah, kerosakkan aqidah mereka lebih ketara apabila diracuni dengan kefahaman metarialisme yang mengutamakan kepentingan duniawi melebihi segala-galanya.



CIRI-CIRI TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM



  • Pengurusan yang sentiasa meletakkan keimanan sebagai paksi dan ketuhanan sebagai matlamat akhir
  • Pengurusan yang mengambil kira atau meraikkan kemampuan dan juga realiti persekitaran dalam mencorakkan perancangan, penyusunan dan fungsi-fungsi pengurusan lain.
  • Pengurusan tidak memisahkan antara pembangunan material dan pembangunan sumber manusia khususnya, kejiwaan sebagai asas kepada pembangunan kebendaan
  • Pengurusan yang sentiasa menekankan pembentukkan dan pembangunan pengurus-pengurus yang berkuailiti dan berwibawa untuk melaksanakan funsi dan tanggungjwab pengurusan.
  • Manusia bekerja bukan mendapatkan upah semata-mata tetapi lebih kepada mendapat kerehdaan Alaah SWT.
  • Kerja yang dijalankan bukanlah seperti pegertian kerja yang diamalkan dalam sekular tetapi lebih kepada penyertaan niat sebagai satu ibadat kepada Allah SWT dan mengharapakan ganjaran di dunia dan yang lebih utama di akhirat.
  • Akuantibiliti dan rasa tanggungjwab pekerja bukan sahaja kepada seorang ketua, tetapi yang amat penting sekali adalah kepada Allah SWT yng Maha Mengetahui. Ini akan memberi implikasi bahawa pekerja tersebut akan bekerja dengan lebih dedikasi dan bertanggungjwab serta mempunyai iman yang teguh.
  • Hubngan sesama manusia akan menjadi lebih akrab dan harmoni. Ini disebabkan Islam tidak memandang serta membezakan keturunan, pangkat serta darjat tetapi lebih ketaqwaan dan keimanan.





KEBAIKAN MENGAMALKAN KONSEP TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM

KEBURUKAN TIDAK MENGAMALKAN KONSEP TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM


  •  Setiap kerja atau urusan yang dijalankan tidak mendapat kerehdaan Allah SWT
  •  Niat kerja hanya inginkan ganjaran dan penghargaan semata-mata.
  •  Hubungan sesama manusia retak kerana kurang komunikasi kerana manusia sibuk bekerja kerana duit dan dunia semata-mata.
  •  Kurang rasa tanggungjawab dalam setiap pekerjaan atau urusan.
  •  Pengurusan tidak stabil dan licin kerana dijalankan prinsip pengurusan Islam yang berasaskan tauhid.


KESAN MENGAMALKAN KONSEP TAUHID DALAM PENGURUSAN ISLAM:

INDIVIDU


  • Individu muslim akan bersikap, tidak jumud dan sempit fikirannya.
  • Konsep tauhid akan melahirkan insan yang mempunyai harga diri dan berkeyakinan diri yang paling tinggi. 
  • Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawadduk.
  • Membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, kezaman dan kesungguhan yang tinggi.
  •  Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh dan solehah,  berani dan tegk dlam setiap kebenaran.
  •  Menjadi seseorang itu mengamalkan nilai-nilai yang murni,amanah dalam setiap  tanggungjawab dan rajin serta cekap dalam menjalankan tugas.


MASYARAKAT


  •  Hidup masyarakat menjadi harmoni dan sejahtera
  •  Pendekatan masyarakat terhadap Islam lebih mendalam
  •  Hubungan antara pemimpin menjadi akrab


KESIMPULAN

     Pengursan lebih kepada urusan yng melibatkan keuntungan sesebuah organisasi. Justeru, sebagai pengurus/majikan perlu menerapakan konsep tauhid dalam pengurusan organisasi supaya setiap urusan dalam organisasi menjadi licin dan teratur.







7 comments:

  1. Input yang berguna . Terima kasih kerana berkongsi 👍

    ReplyDelete
  2. pengisian yang baik terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  3. ilmu yang sangat menarik. teruskan pengisian.

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang bermanfaat .insyAllah akn dipraktikkan :)

    ReplyDelete
  5. Ilmu yang bermanfaat .insyAllah akn dipraktikkan :)

    ReplyDelete
  6. Thanks smua . Alhamdullilah dapat respon yg baik2 . Teruskan membaca ❤

    ReplyDelete